Tuesday, October 21, 2008

NILAI TUDUNG WANITA


Tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.
Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.
Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

KONSEP BLOG SAYA.


Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah saya menyiapkan blog saya ini.konsep dalam blog saya ini adalah berunsurkan isu-isu Islam yang melanda pada zaman ini. Antara isu yang saya bincangkan di dalan blog saya ini adalah berkaitan dengan permasalahan kepada seluruh umat Islam. Seperti mana yang kita ketahui, pelbagai masalah akidah, politik, undang-undang Islam yang melanda umat Islam sekarang. Mereka kurang didikan agama sehingga ramai yang terpesong dan terjerumus ke lembah maksiat dan kesesatan. Selain itu, terdapat juga isu yang boleh sama-sama kita renung untuk meningkatkan keimanan bagi memdidik jiwa kita menjadi jiwa yang teguh pada Islam. Isu-isu yang saya kemukakan juga adalah untuk memberitahu sedikit sebanyak perkara yang masih merunsingkan untuk mengetahui kebenarannya.


Selain itu, tujuan saya berkongsi isu-isu ini adalah untuk memberikan peringatan kepada umat Islam sekarang yang sudah terpesong jauh dan kita sama-sama mendoakan agar mereka beroleh hidayah Allah untuk kembali ke pangkal jalan. Amin, Insya-Allah. Kita juga yang masih dalam kesedaran bersiap sedia untuk berjuang dan berdakwah kepada saudara-saudara seislam kita agar kembali kepada Allah. Gunalah segala ilmu dan sikap Islam kita untuk memperjuangkan agama Islam. Saya juga ingin berkongsi seberapa banyak ilmu yang saya perolehi dan jika ada kesalahan harap maaf dan moga-moga sahabat boleh memperbetulkan apa sahaja yang mengelirukan. Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Harap maaf jika terdapat keterlanjuran dan tersinggung mana-mana pihak. Segala isu ini tiada dikaitkan dengan mana-mana individu. Saya juga berharap agar sahabat-sahabat dapat memberi cadangan dank omen dengan isu yang saya bincangkan ini. Segala jasa baik sahabat-sahabat amatlah saya hargai. Sekian terima kasih. Wasalam.

Ringkasan Tata Cara Perkawinan Dalam Islam


Islam adalah agama yang syumul (universal). Agama yang mencakup semua sisi kehidupan. Tidak ada suatu masalah pun, dalam kehidupan ini, yang tidak dijelaskan. Dan tidak ada satu pun masalah yang tidak disentuh nilai Islam, walau masalah tersebut nampak kecil dan sepele. Termasuk tata cara perkawinan Islam yang begitu agung nan penuh nuansa. Dan Islam mengajak untuk meninggalkan tradisi-tradisi masa lalu yang penuh dengan upacara-upacara dan adat istiadat yang berkepanjangan dan melelahkan serta bertentangan dengan syariat Islam.
Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tata cara perkawinan berlandaskan Al-Qur’an dan Sunnah yang Shahih. Dalam kesempatan kali ini redaksi berupaya menyajikannya secara singkat dan seperlunya. Adapun Tata Cara atau Runtutan Perkawinan Dalam Islam adalah sebagai berikut:
I. Khitbah (Peminangan)
Seorang muslim yang akan mengawini seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, karena dimungkinkan ia sedang dipinang oleh orang lain, dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq ‘alaihi). Dalam khitbah disunnahkan melihat wajah yang akan dipinang (HR: [shahih] Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi No. 1093 dan Darimi).
II. Aqad Nikah
Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi :a. Adanya suka sama suka dari kedua calon mempelai.b. Adanya Ijab Qabul.c. Adanya Mahar.d. Adanya Wali.e. Adanya Saksi-saksi.
Dan menurut sunnah sebelum aqad nikah diadakan khutbah terlebih dahulu yang dinamakan Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat.
III. Walimah
Walimatul ‘urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin. Rasululloh shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja berarti makanan itu sejelek-jelek makanan.
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang artinya: “Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya”. (HR: [shahih] Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).
Sebagai catatan penting hendaknya yang diundang itu orang-orang shalih, baik kaya maupun miskin, karena ada sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang artinya: “Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang taqwa”. (HR: [shahih] Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim 4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa’id Al-Khudri).

Monday, October 20, 2008

HUKUM UNDANG-UNDANG ISLAM

Hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Daud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.
Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.

Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.

Sunday, October 19, 2008

Hukuman tegas oleh undang-undang ke atas Hindraf.

Hindraf atau Barisan Bertindak Kaum India adalah satu pertubuhan tidak berdaftar dan haram. Jadi kenapa mereka tidak diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa kerana tindakan mereka pun agresif dan boleh mengganggu-gugat keselamatan awam sebagaimana apa yang telah dilakukan di Rumah Terbuka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Melayu selama ini begitu bertimbang rasa terhadap kaum-kaum lain di Malaysia tapi adakah kaum lain pun memberi muka kepada Melayu?Jawapannya sudah tentu tidak jadi kenapa perlu kita menjadi begitu lemah lagi dan menerima sahaja apa tindakan kurang ajar dan provokasi dari kaum-kaum lain?
Begitu banyak kenyataan-kenyataan berunsur perkauman yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Cina dan India sekarang dan ini sudah tentu meresahkan rakyat terutama sekali orang Melayu. Tan Lian Hoe telah berlaku kurang ajar dan mengeluarkan ayat provokasi apabila mempersoalkan status orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini. Melayu ini pun walaupun banyak bertimbang rasa dengan kaum lain tetapi ada tahap kesabarannya juga. Kalau sudah terlalu banyak pihak memainkan isu perkauman dan cuba menimbulkan kekacauan, orang Melayu lambat-laun akan bertindak.Lebih ramai pemimpin UMNO perlu vokal seperti yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yusof Abdul Hamid yang telah mengkritik Hindraf dan berkata ianya perlu dihapuskan terus.Ketika mengulas kenyataan Koordinator Penerangan Hindraf yang mengecam tindakan akhbar tempatan yang kononnya memutar belitkan berita anggota pertubuhan haram itu membuat kacau di rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Yusof mengulas "Hindraf adalah pertubuhan yang tidak relevan dan hanya mahu membuat kacau bilau. Kerajaan tidak perlu takut ataupun gentar dengan Hindraf. Tindakan tegas perlu diambil kepada anggotanya kerana sekadar untuk memecah belahkan rakyat berbilang kaum."

Syeikh al-Azhar memfatwakan harus tukar jantina.

Sebenarnya tiada nas daripada al-Quran dan hadis yang memperuntukkan secara muktamad bahawa penukaran jantina adalah halal atau haram, harus atau tidak harus dan boleh atau tidak boleh. Bagaimanapun, ulama’-ulama’ yang membenarkan dilakukan pembedahan jantina pun hanya terbatas kepada golongan yang ada dua alat kelamin atau khunsa dan mereka yang mempunyai tanda-tanda jantina lelaki atau wanita yang jelas menguasai diri. Sedangkan yang ingin membuat pembedahan kerana minat, mahu seronok dan sebagainya tidak dibenarkan.

Tindakan membenarkan pondan atau khunsa mental melakukan pembedahan adalah dilakukan berdasarkan beberapa fatwa termasuk fatwa Syeikh al-Azhar secara takwil. Beliau mengatakan bahawa harus membuat pembedahan menukar lelaki menjadi wanita atau sebaliknya berdasarkan pandangan doktor yang boleh dipercayai serta terdapat sebab-sebab fizikal pada badan seperti tanda-tanda kewanitaan atau kelelakian tersembunyi yang tidak diketahui. Pembedahan ini dianggap pengubatan terhadap keaiban dan kepincangan yang ada pada badan serta keaiban dan kepincangan itu pula tidak akan hilang kecuali dengan pembedahan itu sahaja. Segala fatwa yang dikeluarkan akan melihat kes atau situasi keadaan itu sendiri sama ada harus atau tidak untuk melakukan pembedahan.

Teori dan kaedah perubatan Ibnu Sina. Punca bengkak.

Bengkak terjadi sama ada berpunca daripada bahan ataupun keadaan organ. Ia juga berpunca daripada sifat intipati organ tersebut, yakni organ tersebut dicipta bagi tujuan berkenaan seperti organ kulit. Kelembutan organ tersebut seperti daging yang lembik yang terdapat di tiga bahagian tubuh badan, iaitu daging leher di bahagian belakang telinga, daging ketiak dan daging di bahagian hujung hidung.

Menurut Ibnu Sina, punca kesakitan adalah terdiri daripada gatal yang berpunca oleh sejenis humor yang pedas ataupun masin. Koyak disebabkan oleh suatu bahan yang terurai daripada otot dan membran bagi otot tersebut. Sakit yang mengebas disebabkan oleh suatu mizaj yang sangat sejuk atau disebabkan oleh penyumbatan oleh liang-liang laluan roh yang sensitif yang mengalir ke arah organ melalui satu saraf, ataupun disebabkan oleh gejala pemenuhan saluran-saluran. Selain itu, terdapat tiga punca berhentinya kesakitan iaitu sejenis bahan yang berfungsi memotong dan membuang sebab yang mendatangkan kesakitan tersebut. Kedua, sejenis bahan yang berfungsi melembapkan tubuh badan dan mendatangkan rasa mengantuk. Ketiga, sejenis bahan yang menyejukkan lalu menyebabkan rasa kebas.