Sunday, October 19, 2008

Kemahiran insaniah nilai tambah graduan di pasaran kerja.

Masalah graduan mengganggur di negara ini jelas meresahkan bukan sahaja lepasan institusi pengajian tinggi tetapi juga ibu bapa dan pihak kerajaan. Pelbagai agensi kerajaan perlu memainkan peranan bersepadu dan berkoordinasi untuk mengenal pasti punca sebenar yang membelenggu graduan. Di samping itu, memikirkan kesannnya kepada pembangunan industri dan perancangan pembangunan modal insane negara. Daripada perbincangan semua pihak maka hasillah satu kata sepakat menyatakan kemahiran insaniah adalah asset penting bagi meyakinkan mejikan untuk mengambil graduan sebagai pekerja mereka.

Antara kemahiran insaniah yang di maksudkan ialah graduan mesti mempunyai keyakinan yang tinggi ketika temuduga, bersedia bekerja lebih masa, memiliki kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Selain itu, graduan juga perlu mempunyai pemikiran yang kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah secara positif dan matang. Graduan juga perlu ada kemahiran keusahawanan bagi merebut peluang bekerja sendiri satu hari kelak. Seseorang graduan itu juga perlu mempunyai kemahiran kepimpinan dalam pelbagai aktiviti. Dengan segala kemahiran ini dapatlah membantu graduan dari menganggur. Keseimbangan ini akan mampu melahirkan kemahiran insaniah, tetapi amalan yang baik, iaitu sosial budaya amat penting terutama di peringkat global.

No comments: