Wednesday, October 15, 2008

Petua membentuk generasi anak-anak berakhlak mulia.


Dewasa ini, paparan-paparan berita yang mengaitkan anak-anak remaja dengan gejala sosial cukup membimbangkan. Sekalipun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya dalam menangani permasalahan ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana pengaruh persekitaran sering menjadi faktor dalam mempengaruhi tingkag laku anak-anak. Terdapat beberapa wasiat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mendidik anak-anak diharapkan menjadi satu bentuk penyelesaian kepada kemelut permasalahan ini.

Pertama-pertamanya mulakan pendidikan anak-anak dengan kalimah lailahaillallah yang mana kalimah pertama yang didengari oleh bayi yang baru dilahirkan bagi memuji kebesaran Allah. Ibu bapa juga perlu memperkenalkan dan memperjelaskan hukum halal dan haram dari usia yang muda. Ini kerana agar anak-anak mendapat pendedahan awal berhubung sesuatu yang perlu dilakukan dan sesuatu yang harus ditinggalkan. Selain itu, ibu bapa perlu menyuruh anak untuk beribadah seawal usia tujuh tahun. Ini adalah perkara awal yang ditekankan oleh Rasullullah ketika anak-anak berusia tujuh tahun. Dalam sabdanya, “ suruhlah anak-anakmu menjalan kan ibadah solat ketika berusia tujuh tahun dan ketika berusia 10 tahun pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan dan pisahkan tempat tidur mereka”. Akhir sekali, didiklah anak-anak untuk untuk mencintai rasul dan menggalakkan mereka membaca al-Quran. At-Thabrani meriwayatkan daripada Ali r.a Nabi s.a.w bersabda, “ didiklah anak-anak kamu tiga perkara, mencintai nabi kamu, mencintai ahli baitnya, dan membaca al-Quran. Ini kerana orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan Allah pada hari tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan Allah beserta para nabi dan orang yang suci”.

No comments: