Sunday, October 19, 2008

Teori dan kaedah perubatan Ibnu Sina. Punca bengkak.

Bengkak terjadi sama ada berpunca daripada bahan ataupun keadaan organ. Ia juga berpunca daripada sifat intipati organ tersebut, yakni organ tersebut dicipta bagi tujuan berkenaan seperti organ kulit. Kelembutan organ tersebut seperti daging yang lembik yang terdapat di tiga bahagian tubuh badan, iaitu daging leher di bahagian belakang telinga, daging ketiak dan daging di bahagian hujung hidung.

Menurut Ibnu Sina, punca kesakitan adalah terdiri daripada gatal yang berpunca oleh sejenis humor yang pedas ataupun masin. Koyak disebabkan oleh suatu bahan yang terurai daripada otot dan membran bagi otot tersebut. Sakit yang mengebas disebabkan oleh suatu mizaj yang sangat sejuk atau disebabkan oleh penyumbatan oleh liang-liang laluan roh yang sensitif yang mengalir ke arah organ melalui satu saraf, ataupun disebabkan oleh gejala pemenuhan saluran-saluran. Selain itu, terdapat tiga punca berhentinya kesakitan iaitu sejenis bahan yang berfungsi memotong dan membuang sebab yang mendatangkan kesakitan tersebut. Kedua, sejenis bahan yang berfungsi melembapkan tubuh badan dan mendatangkan rasa mengantuk. Ketiga, sejenis bahan yang menyejukkan lalu menyebabkan rasa kebas.

No comments: