Sunday, October 19, 2008

Syeikh al-Azhar memfatwakan harus tukar jantina.

Sebenarnya tiada nas daripada al-Quran dan hadis yang memperuntukkan secara muktamad bahawa penukaran jantina adalah halal atau haram, harus atau tidak harus dan boleh atau tidak boleh. Bagaimanapun, ulama’-ulama’ yang membenarkan dilakukan pembedahan jantina pun hanya terbatas kepada golongan yang ada dua alat kelamin atau khunsa dan mereka yang mempunyai tanda-tanda jantina lelaki atau wanita yang jelas menguasai diri. Sedangkan yang ingin membuat pembedahan kerana minat, mahu seronok dan sebagainya tidak dibenarkan.

Tindakan membenarkan pondan atau khunsa mental melakukan pembedahan adalah dilakukan berdasarkan beberapa fatwa termasuk fatwa Syeikh al-Azhar secara takwil. Beliau mengatakan bahawa harus membuat pembedahan menukar lelaki menjadi wanita atau sebaliknya berdasarkan pandangan doktor yang boleh dipercayai serta terdapat sebab-sebab fizikal pada badan seperti tanda-tanda kewanitaan atau kelelakian tersembunyi yang tidak diketahui. Pembedahan ini dianggap pengubatan terhadap keaiban dan kepincangan yang ada pada badan serta keaiban dan kepincangan itu pula tidak akan hilang kecuali dengan pembedahan itu sahaja. Segala fatwa yang dikeluarkan akan melihat kes atau situasi keadaan itu sendiri sama ada harus atau tidak untuk melakukan pembedahan.

1 comment:

Hafiz Esa said...

Assalamualaikum.. ana berpendapat ada baiknya jika saudari melengkapkan tajuk di atas agar tiada keraguan pada pembaca.. ~sekadar pandangan~