Wednesday, October 15, 2008

Ramadan bulan kesyukuran.

Ramadan adalah bulan yang ditunggu dan dirindui oleh setiap individu muslim. Pada masa yang sama kita perlu membuat persiapan dari aspek jasmani dan rohani kerana tawaran pahala dilipat gandakan untuk kita. Namun kurnian Allah yang paling tinggi ialah dengan adanya satu malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu lailatulqadar. Barang siapa yang berjaya memperolehi malam ini, nescaya diberikan keampunan atas segala dosanya. Selain itu, umat Islam diseur untuk bersifat sabar bagi mengajar kita menjadi tabah dalam menghadapi ranjau kehidupan. Antara perkara yang digalakkan dalam bulan Ramadan ialah memperbanyakkan membaca al-Quran dan memahami maksudya. Kita juga digalakkan mengerjakan sembahyang fardu bertarawih secara berjemaah di masjid atau surau.


Selain itu, kita dituntut bersedekah dan mengadakan jamuan berbuka puasa khususnya kepada msyarakat. Mengelakkan diri dari berbual-bual kosong, menjaga tutur kata dan gerak-geri supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Tidak membiarkan diri kita berlarutan dalam perkara yang sia-sia termasuklah tingkah laku dan perbuatan yang tidak berfaedah. Selain itu, kita juga perlu sentiasa ingat kepada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Seterusnya berazamlah meneruskan amalan kita ke bulan yang berikutnya sehinggalah kita di pertemukan lagi dengan bulan Ramadan pada tahun yang akan datang.

No comments: