Sunday, October 19, 2008

Kenaikan harga minyak global, negara Arab untung RM1.1 Trillion.

Kenaikan harga minyak di pasaran dunia kebelakangan ini telah menimbulkan huru-hara di kebanyakkan negara. Berbanding situasi sama berlaku era 70-an yang telah merencat fundemantal serta pertumbuhan ekonomi global, situasi itu berbeza dan sangat meruncing apabila terdapat sesetengah negara terpaksa mengekang subsidi bahan api. Akibatnya, ia telah menimbulkan kesan inflasi serta ketidakstabilan politik yang sukar di bendung.

Melihat situasi yang berlaku pada era 1970-an, kebanyakkan pedagang komoditi minyak negara Arab akan menyimpan wang hasil jualan minyak mereka dengan menyalurkan ke dalam pelaburan bon dan bil perbendaharaan Amerika. Keadaan ini di sebut sebagai kesan “petro-dollar” di mana pedagang menukarkan wang hasil jualan minyak mereka dengan mata wang dolar untuk dilaburkan di pasaran kewangan AS. Secara signifikannnya, reality yang berlaku sejak puluhan tahun lalu adalah wang hasil minyak dari negara-negara Islam ini akhirnya akan digunakan untuk membiayai hutang dan belanjawan AS, termasuklah untuk tujuan perang ke atas dunia Islam.

No comments: