Wednesday, October 15, 2008

Tiada bukti badan Islam Amerika Syarikat biaya keganasan.

Satu jawatan kuasa Senat AS tdak menemui sebarang bukti bagi mensabitkan Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) dan beberapa kumpulam muslim lain di negara itu terbabit mengumpul dana untuk membiayai kegiatan “keganasan”. Jawatankuasa Senat itu telah melancarkan siasatan ke atas apa yang disebut sebagai peranan yang dimainkan badan-badan kebajikan dan yayasan dalam membiayai keganasan. Bagaimanapun selepas 2 tahun siasatan dijalankan, jawatankuasa tersebut tidak menemui bukti bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Sejak serangan itu, pihak berkuasa AS telah mengharamkan beberapa operasi beberapa badan kebajikan di negara itu kerana dikatakan terbabit membiayai keganasan. AS juga memberi tekanan ke atas negara-negara Islam agar bertindak tegas ke atas badan-badan kebajikan yang didakwanya menyalurkan bantuan kewangan kepada pengganas dan akstremis. Badan-badan kebajikan Islam pula merungut pelbagai sekatan yang dikenakan telah memjejaskan usaha mereka membantu golongan miskin. Usaha jawatankuasa Senat itu hanya memperkukuhkan idea bahawa muslim adalah bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Ini membuktikan pihak berkuasa juga mempunyai pandangan negetif yang sama terhadap komuniti Muslim Amerika. Badan-badan kebajikan lain juga turut mengadu mereka menjadi sasaran siasatan dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Maka, keputusannya Presiden AS membekukan aset lima badan kebajikan pro-Palestin sehingga menjejaskan bantuan yang amat diperlukan oleh anak-anak yatim dan golongan miskin di Palestin.

No comments: